KUANTAN – Muktamar Tahunan Pas Ke-65 hati ini meluluskan usul agar Pas terus tetap berdiri mempertahan dan mengukuhkan institusi raja-raja Melayu daripada usaha-usaha tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan kedudukannya demi kepentingan Islam dan umatnya. Ia adalah satu daripada enam usul yang diterima tanpa bahas pada muktamar yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini. Menerusi usul politik Pas Kawasan Pulai bertajuk Mempertahankan Kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu Agar Terus Mempertahan dan…










