KUANTAN – Pas melengkapkan senarai jawatankuasa kepemimpinannya bagi sesi 2019-2021 pada Muktamar Tahunan Pas Ke-65 yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Dr. Mohd. Fuad Mohd. Salleh yang membacakan keputusan itu berkata, sebanyak 1,230 perwakilan layak mengundi untuk memilih kepemimpinan bagi penggal berkenaan.
Pada pemilihan kali ini, selain Presiden, jawatan Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden Pas dimenangi tanpa bertanding.
Begitu juga dengan jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
Pertandingan hanya berlaku untuk memilih 18 Ahli Jawatankuasa Pas yang menyaksikan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi memperoleh undi tertinggi iaitu 956 undi.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Ir. Iskandar Abdul Samad turut terpilih dalam senarai Ahli Jawatankuasa berkenaan.
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Pas sesi 2019-2021.
PRESIDEN:
* Datuk Seri Abdul Hadi Awang
TIMBALAN PRESIDEN:
* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
NAIB PRESIDEN:
* Idris Ahmad
* Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah
* Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
AHLI JAWATANKUASA:
1. Muhammad Khalil Abdul Hadi
2. Dr. Azman Ibrahim
3. Dr. Halimah Ali
4. Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan
5. Dr. Riduan Mohamad Nor
6. Datuk Ir. Iskandar Abdul Samad
7. Datuk Dr. Mohd. Nassuruddin Daud
8. Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki
9. Nik. Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz
10. Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali
11. Dr. Najihatussalehah Ahmad
12. Kamaruzaman Mohamad
13. Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
14 Nasruddin Hassan
15. Siti Zailah Mohd. Yusoff
16. Mokhtar Senik
17. Misbahul Munir Masduki
18. Sallehen Mukhyi – UTUSAN ONLINE











