KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan menganjurkan Festival Kebudayaan dan Warisan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 28 dan 29 Jun ini.
MP Sepang dalam kenyataan memberitahu, karnival yang diadakan bersempena Tahun Melawat Sepang 2020 (TMS 2020) itu akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
“Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang karnival tersebut berlangsung antaranya persembahan tarian tradisional Cina, India dan Bugis.
Memuatkan artikel berkaitan…
Orang ramai juga berpeluang mengenali produk warisan Sepang serta mengunjungi pelbagai pameran yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini – UTUSAN ONLINE.











