Mohon maaf selama ini kurang beri perhatian - Ibu tiri Nabila Huda - Utusan Malaysia

Mohon maaf selama ini kurang beri perhatian – Ibu tiri Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hubungan keruh antara pelakon Nabila Huda dan ibu tirinya, Nourish semakin menemui jalan damai apabila wanita itu berkongsi sekeping foto berpelukan dengan kapsyen menyentuh hati.

Nourish atau nama sebenarnya, Norhaniza Hassan memohon maaf kepada Nabila melalui kenyataan di Instagram sebentar tadi.

“Abil kami mohon maaf selama ini kami kurang memberi perhatian dan mendengar masalah anda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, semoga kejadian ini mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga. Amin. Kami sayang anda juga,” katanya.

Dalam tulisan itu, Nourish mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatima kerana menjadi orang tengah dalam urusan mendamaikan mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan kami sekeluarga.

“Terima kasih kakakku, ‘superwoman’ Erma Fatima. Tidak terbalas jasa kakak,” ujarnya lagi.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini