Mohd. Shukri minta beri kerjasama kepada Latheefa - Utusan Malaysia

Mohd. Shukri minta beri kerjasama kepada Latheefa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull meminta semua pengarah bahagian dan negeri memberi kerjasama dan sokongan kepada Latheefa Beebi Koya selaku ketua pesuruhjaya baharu agensi itu.

Mohd. Shukri berkata, kerjasama itu penting dalam usaha SPRM memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata demikian ketika hadir mesyuarat pertama bersama pengarah bahagian dan negeri yang dipengerusikan Latheefa di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada mesyuarat itu, Latheefa turut diberi penerangan berkaitan organisasi, operasi dan pencegahan selain turut mengadakan sesi suai kenal bersama pengarah-pengarah bahagian dan negeri.

Kosmo! Online melaporkan Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu. 

Pelantikannya bagi menggantikan Mohd. Shukri yang memilih memendekkan perkhidmatan kontraknya yang sepatutnya tamat pada 17 Mei 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini