KUALA LUMPUR – Kapten skuad hoki lelaki kebangsaan, Mohamad Sukri Abdul Mutalib berharap kehadiran legenda hoki Australia, Michael McCann dapat membantu mempertajamkan barisan penyerang negara dalam misi memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Beliau berkata peluang berlatih bersama bekas penyerang Australia berusia 41 tahun itu akan memberi impak positif berdasarkan pengalaman luas dimiliki McCann sepanjang membantu pasukan di ranking kedua dunia itu mengecapi pelbagai kejayaan di pentas dunia. Dalam…










