MMIS fokus tambah kapasiti pengeluaran - Utusan Malaysia

MMIS fokus tambah kapasiti pengeluaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Syarikat pengeluar kelengkapan kejuruteraan, MMIS Berhad (MMIS) memberi tumpuan untuk menambah kapasiti pengeluarannya bagi mengekalkan daya saing syarikat itu dalam industri semikonduktor.

Ketua Kewangan Korporat MMIS, Dr. Jeffrey Chin Fook Kheong berkata, pertambahan kuantiti dapat dicapai menerusi peningkatan ruang lantai pengeluaran dengan membesarkan dan membina kilang baharu.

Katanya, kapasiti pengeluaran sedia ada adalah kira-kira 73 peratus manakala ruang lantai pengeluaran telah digunakan sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan membangunkan kilang baharu dengan keluasan 2,508.38 meter persegi dijangka siap pada pertengahan tahun depan untuk pembuatan bahagian kejuruteraan ketepatan bagi pelanggan semikonduktor. Kami juga akan membuat sambungan antara dua kilang memandangkan tapak kilang baharu hanya terletak bersebelahan kilang lama.

“Ia akan menyumbang kepada pertambahan keluasan lantai sebanyak 668.9 meter persegi dan menjadikan keluasan lantai keseluruhan kepada 6,131.6 meter persegi berbanding 3,010.06 meter persegi menjelang akhir 2020,” katanya dalam majlis pelancaran Memorandum Maklumat MMIS di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif MMIS, Loh Chin Siang; Pengarah Urusan MMIS, Loh Chin Soon dan Pengurus Operasi MMIS, Chew Lai Wei.

MMIS bercadang untuk menyenaraikan sahamnya di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia dan menyasarkan dana sebanyak RM5 juta daripada terbitan sehingga 50 juta saham baharu 10 sen sesaham di bawah senario maksimum.

Sebanyak RM2 juta akan digunakan untuk pengembangan modal, RM2 juta untuk modal kerja dan RM1 juta untuk membayar belanja berkaitan penyenaraian.

Mengenai prospek industri, Fook Kheong berkata, industri peralatan kejuruteraan negara meningkat kepada RM7.1 bilion pada 2018 berbanding RM4 ­bilion pada 2010.

“Penyenaraian ini membo­lehkan syarikat menembusi pasaran modal bagi menjana dana untuk merebut peluang masa depan walaupun ketika ini dunia masih berdepan ketidaktentuan perang dagangan,” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini