KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Perdagangan dan Industri (TIAC) yang akan memainkan peranan penting dalam membentuk polisi, strategi dan pembaharuan yang berpotensi dalam bidang perdagangan antarabangsa, promosi pelaburan dan pembangunan industri. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, majlis penasihat berkenaan diwakili 12 individu dan organisasi yang cemerlang mewakili pelbagai perspektif, kepakaran, gabungan dan pengalaman yang penting untuk membentuk dasar yang…










