KUALA LUMPUR- Seorang lelaki ditahan polis selepas cuba melakukan pemerasan terhadap bapa Muhammad Zahiruddin Putra Mohd. Fauzi,yang dilaporkan hilang sejak 15 April lalu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, bapa kanak-kanak berusia lapan tahun itu menerima satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada suspek berusia 42 tahun tersebut. Katanya, suspek memaklumkan Muhammad Zahiruddin ada bersamanya sebelum meminta sejumlah wang daripada Mohd. Fauzi. “Susulan daripada laporan diterima, Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bersama Bahagian Operasi Khas (D8) Kontinjen Selangor berjaya mengesan lokasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya