PETALING JAYA: Ramai umat Islam di negara ini masih tidak memahami sepenuhnya hukum faraid, sekali gus menjadi antara punca utama lebih RM90 bilion harta pusaka kekal tidak dituntut sehingga ke hari ini. Perancang Harta Pusaka as-Salihin Trustee Berhad, Nor As Hassan berkata, ada tanggapan hukum faraid sudah mencukupi untuk menyelesaikan isu pembahagian harta, tanpa menyedari hakikat ia turut memerlukan pemahaman mendalam dan pelantikan pentadbir harta (wasi) bagi melicinkan proses tersebut.…











