Kecederaan lampau tidak jejas persiapan Pandelela

Kecederaan lampau tidak jejas persiapan Pandelela

Sasaran utama buat Pandelela Rinong kekal sama seperti sebelum ini, mara ke peringkat akhir yang merupakan Petunjuk Prestasi Utama atlet berpengalaman itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persiapan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong untuk menghadapi Kejohanan Akuatik Dunia 2025 di Singapura berjalan lancar meskipun dibelenggu beberapa kecederaan lama.

Menurut Pengarah Teknikal Terjun Kebangsaan, Yeoh Ken Nee, skuad terjun negara telah berlepas ke Singapura semalam dan dijadual memulakan sesi latihan pertama mereka di lokasi kejohanan pada hari yang sama.

“Setakat ini, persiapan di Malaysia berjalan dengan baik. Untuk Pandelela, persiapannya juga dalam keadaan baik walaupun ada sedikit kecederaan ringan yang berpunca daripada kecederaan lama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ken Nee turut menjelaskan bahawa sasaran utama buat Pandelela kekal sama seperti sebelum ini, iaitu mara ke peringkat akhir, yang merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) atlet berpengalaman itu.

“Bagi Pandelela, sasaran kita sememangnya untuk dia layak ke final kerana itu adalah KPI beliau. Malah, bagi keseluruhan pasukan, termasuk penerjun lelaki, sasaran utama kita adalah untuk mara ke pentas akhir,” tambahnya.

Bagaimanapun, bagi atlet yang pertama kali menyertai Kejohanan dunia ini, sasaran lebih realistik ditetapkan dengan menyasarkan kemaraan ke separuh akhir terlebih dahulu sebagai permulaan.

Kejohanan Akuatik Dunia edisi kali ini yang berlangsung di Singapura merupakan medan penting buat penerjun negara dalam membuktikan kemampuan mereka sebelum menjelang temasya sukan SEA di Thailand Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×