Milan bina San Siro baharu - Utusan Malaysia

Milan bina San Siro baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN – AC Milan dan Inter Milan semakin hampir untuk merobohkan Stadium San Siro bagi membina sebuah stadium baharu.

San Siro merupakan stadium ternama di Milan dan merupakan salah satu gelanggang ikonik dalam bola sepak Eropah.

Stadium itu pernah menjadi venue Piala Dunia 1990 selain empat perlawanan akhir Piala Eropah dan Liga Juara-Juara dan terbaharu ialah Real Madrid menngecewakan Atletico Madrid 5-3 dalam penentuan penalti setelah aksi sebenar berakhir 1-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di sebalik kemegahannya dalam bola sepak dunia, San Siro dianggap perlu ditambah baik tetapi kedua-dua kelab yang berpangkalan di Milan berhasrat membina stadium baharu.

Presiden Rossoneri, Paolo Scaroni berkata: “Kami akan bersama-sama membina San Siro yang baru, bersebelahan dengan stadium yang lama.

“Stadium lama akan dirobohkan manakala stadium baru akan dibina,” katanya.

Bandar Milan antara yang dicalonkan dan dia mengimpikan untuk melihat stadium yang baru itu dalam majlis perasmian temasya itu.

“Ia satu proses yang sangat rumit. Adalah menarik untuk mengadakan majlis pembukaan Sukan Olimpik di Stadium San Siro yang baharu.” kata Scaroni.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini