MIDF naikkan saranan Astro kepada ‘beli’ - Utusan Malaysia

MIDF naikkan saranan Astro kepada ‘beli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MIDF Research menaikkan saranan bagi Astro Malaysia Holdings Bhd. daripada ‘neutral’ kepada ‘beli’ dan menyemak semula harga sasarannya kepada RM1.74 daripada RM1.50 sesaham.

Ia juga menyemak semula dengan meningkat unjuran pendapatan bagi tahun kewangan 2020 dan tahun kewangan 2021 sebanyak 1.9 peratus dan 0.3 peratus tahun ke tahun masing-masing kepada RM626.7 juta dan RM633.2 juta memandangkan potensi penjimatan kos dan kenaikan pendapatan daripada penamatan penyiaran televisyen analog yang boleh memanfaatkan Astro.

MIDF Research dalam nota kajiannya berkata, purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) bagi televisyen berbayar menunjukkan peningkatan dan melihat bahawa ia melalui penggunaan tinggi daripada platform Video On Demand (VOD) dan Over the Top (OTT) meskipun penurunan dalam hasil langganan televisyen berbayar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga melihat inisiatif rasionalisasi kos syarikat yang sedang dilaksanakan mampu menyokong momentum pendapatan pada masa hadapan.

“Kami percaya kos rendah itu disebabkan terutamanya fokus kumpulan kepada kandungan tempatan dan rasionalisasi tenaga kerja pada suku keempat 2019,” katanya di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini