Messi, Neymar tiada semangat berpasukan - Utusan Malaysia

Messi, Neymar tiada semangat berpasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Lionel Messi dan Neymar tidak memiliki semangat berpasukan dan ia secara tidak langsung mengehadkan kejayaan Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).

Kedua-dua pemain itu disifatkan sebagai antara pemain terbaik dunia tetapi sehingga kini Barcelona masih gagal menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara sejak 2015 selain PSG juga masih memburu kejuaraan pertama mereka.

Bekas pengendali Barcelona, Louis van Gaal berkata, kedua-dua pemain itu wajr dipersalahkan atas kegagalan pasukan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berapa banyak kejuaraan Eropah yang diraih Barcelona dengan kehadiran pemain terbaik dunia?

“Neymar di PSG, berapa kejuaraan Eropah yang dimenanginya? Saya sukakan Messi dan Neymar sebagai individu tetapi tidak sebagai satu pasukan,” katanya.

Pada masa sama, Van Gaal turut membandingkan Messi dan Neymar dengan pemain serba boleh Liverpool, James Milner.

“Milner adalah pemain terbaik. Dalam aksi final Liga Juara-Juara dan bergerak sebagai pertahanan dan pemain tengah. Banyak yang boleh ditawarkannya pada usia 33 tahun.

“Messi harus bertanya kepada diri sendiri kenapa dia gagal menjuarai Liga Juara-Juara.

“Saya tidak boleh menilai mereka kerana tidak bersama pasukan. Sebagai ketua pasukan, anda harus bertanya kepada diri sendiri, mengapakah pasukan anda gagal menawan di Eropah.

“Barcelona memiliki skuad yang luar biasa dengan (Ivan) Rakitic (Philippe) Coutinho, (Jordi) Alba, Arthur dan (Arturo) Vidal.

“Saya fikir Messi juga harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Barcelona,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini