Mercedes terus dominasi saingan F1 - Utusan Malaysia

Mercedes terus dominasi saingan F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Pasukan Mercedes dilihat tiada pencabar apabila terus mendominasi saingan Formula Satu (F1) dengan meraih kemenangan 1-2 buat kali keenam musim ini selepas muncul juara di Grand Prix (GP) Perancis sebentar tadi.

Juara dunia F1 lima kali, Lewis Hamilton yang memulakan perlumbaan di petak pertama tidak berdepan sebarang tekanan apabila muncul juara sekali gus melebarkan kemenangan keempat berturut-turut dan merupakan kemenangan keenamnya sepanjang lapan perlumbaan musim ini.

Lebih manis, kejayaan itu hadir menerusi rakan sepasukannya, Valtteri Bottas yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua. Manakala, pelumba Ferrari, Charles Leclerc di kedudukan ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil keputusan tersebut, Hamilton kini selesa di hadapan selepas mengumpul 187 mata dan kini hanya dibezakan 36 mata dengan rakan sepasukannya, Bottas.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang sekadar menamatkan saingan di tempat kelima di Kanada kekal ditangga ketiga dengan 111 mata.

“Sudah pasti ia merupakan perlumbaan yang menakjubkan sepanjang minggu ini. Saya akui tidak dapat melakukannya jika tiada bantuan daripada pasukan terbaik seperti ini.

“Saya bangga bersama pasukan ini dan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan yang terbaik pada perlumbaan hari ini. Bottas juga mempamerkan perlumbaan yang menarik,” kata Hamilton. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini