Megat Zaharuddin tidak sihat - Tun M - Utusan Malaysia

Megat Zaharuddin tidak sihat – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan yang tindakan Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin meletakkan jawatan semalam adalah disebabkan masalah kesihatan.

Menurut Dr. Mahathir, hal itu telah dimaklumkan Megat Zaharuddin kepada beliau sebelum tindakan itu dilakukan.

“Berkemungkinan beliau kurang sihat. Beliau cakap kurang sihat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh sebab itu beliau minta supaya dilepaskan. Kita bersetuju,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) Ke-33 di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Tan Sri Rastam Mohd. Isa.

Perletakan jawatan Megat Zaharuddin mengejutkan ramai pihak memandangkan tidak sampai setahun beliau menerajui Felda.

Beliau dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 27 Julai 2018 bagi menggantikan Tan Sri Shahrir Samad yang meletak jawatan pada 14 Mei 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini