Megat Zaharuddin letak jawatan Pengerusi Felda - Utusan Malaysia

Megat Zaharuddin letak jawatan Pengerusi Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor meletakkan jawatan semalam setelah berkhidmat kira-kira setahun dalam organisasi tersebut.

Felda dalam kenyataan hari ini memberitahu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan pengerusi baharu namun tidak dinyatakan bila pengumuman tersebut akan dilakukan.

Kenyataan tersebut berkata, Megat Zaharuddin sebelum ini berusaha keras memahami isu-isu Felda terutama mengenai warga peneroka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada lawatan ke beberapa rancangan di seluruh negara, ramai berkata beliau dekat dengan peneroka dan merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mementingkan kebajikan sosio ekonomi warga peneroka.

“Di bawah pentadbiran beliau, beberapa inisiatif pelan transformasi telah diperkenalkan dan diketengahkan untuk meneraju Felda semula ke tahap kelestarian dan kegemilangan,” kata kenyataan tersebut.

Megat Zaharuddin dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 27 Julai 2018 menggantikan Tan Sri Shahrir Samad yang meletak jawatan pada 14 Mei 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini