KUALA LUMPUR 29 Jun – Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang bertanding merebut jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelar badan induk itu kerana memutuskan untuk menangguh Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi memilih anggota exco baharu bagi penggal 2019-2023. Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) itu mendakwa anggota exco MPM sedia ada perlu dipecat kerana gagal menjalankan tanggungjawab diamanahkan, sambil menegaskan penangguhan tersebut akan menjejaskan kredibiliti MPM, selaku badan induk…










