KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memperketatkan syarat bagi larangan penggunaan beg plastik sekali guna yang diguna untuk pembungkusan dan minuman di bawah kawasan pentadbirannya mulai 1 Julai ini. MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya melancarkan kempen Jom Cegah Plastik Sekali Guna baru-baru ini bagi menyahut seruan kerajaan negeri melalui kempen bebas beg plastik yang diperkenal sejak tahun dua tahun lalu. Sehubungan itu, MBPJ melancarkan lima kempen…









