LONDON – Kylian Mbappe sentiasa mahukan lebih, kata pertahanan Real Madrid Raphael Varane berhubung spekulasi penyerang tersebut ingin berhijrah ke Santiago Bernabeu. Varane memberi maklum balas terhadap khabar angin yang melanda rakan sepasukannya di Perancis itu selepas pemain berusia 20 tahun tersebut memberi petanda ingin memulakan projek baharu tanpa melibatkan Paris Saint-Germain (PSG). Mbappe memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Ligue 1 dan menamatkan kempen sebagai penjaring terbanyak dengan 33 gol. “Saya tidak mahu bercakap tentang potensi Kylian ke Real Madrid, sebaliknya saya mahu fokus kepada Perancis. Saya tidak bercakap kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya