Tengku Zafrul sertai PKR: ‘Itu kamu kena tanya dia’

Tengku Zafrul sertai PKR: ‘Itu kamu kena tanya dia’

Tengku Zafrul
FUZIAH Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Fuziah Salleh enggan mendedahkan sama ada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz sudah menghantar permohonan menyertai parti itu atau belum.

Beliau berkata, soal mengenai keahlian dalam PKR adalah rahsia dan perlu menghormati bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu.

“Itu kamu kena tanya dia. Kamu (pemberita) sudah tanya dia? Kena tanya dia dululah.

“Sebab keahlian adalah ‘confidential’ (rahsia). Kena hormati beliau,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup TikTok Shop Summit dan perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan PKR belum menerima permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti itu selepas mengumumkan keluar UMNO pada 30 Mei lalu.

Semua permohonan keanggotaan parti dilakukan melalui kaedah memohon secara dalam talian dan akan melalui proses biasa dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Tengku Zafrul yang juga bekas Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO telah menghantar surat peletakan jawatan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menyertai PKR.

Beliau membuat keputusan itu selepas meminta nasihat dan pandangan dari dalam dan luar parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Namun,UMNO menyifatkan amat tidak wajar bagi mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menerima keahlian parti lain sewenang-wenangnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN