PARIS- Desas-desus spekulasi bintang Perancis, Kylian Mbappe bakal meninggalkan Paris St-Germain (PSG) musim depan akhirnya dimuktamatkan Presiden Kelab, Nasser Al-Khelaifi menegaskan pemain muda itu 200 peratus kekal bersama kelab gergasi Ligue-1 itu.
Mbappe, 20, dikaitkan dengan perpindahan dengan beberapa kelab gergasi Eropah lain pada musim panas ini, setahun selepas perpindahan tetap pemain itu dari Monaco.
“Saya tidak akan melepaskan pemain ‘gila’ seperti ini,” tegas Nasser.
Tambahnya lagi, tiada siapa memaksa penyerang Brazil, Neymar untuk menandatangani kontrak bersama PSG sekali gus mengesahkan khabar angin mengatakan dia tidak gembira di kelab itu.
“Saya mahu pemain yang bangga menyarung jersi kami, bukan pemain yang melaksanakan tugas yang sesuai dengan mereka,” katanya dalam temubual bersama France Football.
Mbappe yang membantu Perancis menjulang Piala Dunia 2018, telah meledakkan 39 gol dalam 43 penampilan di semua kejohanan buat PSG musim lalu, beraksi untuk pasukan itu pada musim sebelumnya dalam tempoh pinjaman dari seteru Ligue 1, Monaco.
Mbappe sebelum ini, dia berasa berada pada masa tepat dalam karier dan tiba masanya untuk mengambil lebih tanggungjawab, bintang muda itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dan Real Madrid.
“Dia mahu lebih banyak terbabit dalam projek pembangunan bersama pasukan dan kelab. Namun saya terangkan kepada dia itu adalah tanggungjawab, ia tak perlu dijawab.
“Kami harus pergi mendapatkan mereka, kadang kala terpaksa menarik mereka. Kami tidak akan tunggu.
“Jika dia benar-benar bijak, saya pasti dia akan faham. Adakah dia akan berada di PSG tahun depan? Saya bukan 100% pasti tetapi saya pasti 200%,” jelas presiden kelab tersebut. -AGENSI











