Mayat reput ditemui di Kampung Lepah - Utusan Malaysia

Mayat reput ditemui di Kampung Lepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH  – Kehilangan seorang lelaki di Kampung Lepah, Selising, di sini sejak Khamis lalu terjawab selepas satu mayat reput ditemui dalam keadaan terlentang di kawasan hutan petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mayat lelaki berusia 53 tahun itu ditemui dalam keadaan keseluruhan badannya dipenuhi ribuan ulat dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Menurut penduduk yang enggan dikenali, mangsa keluar untuk meracik burung petang Khamis lalu dikatakan tidak pulang ke rumah menjelang malam sebagaimana lazimnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penduduk juga menemui jebak atau sarang burung yang digunakan untuk memikat burung di sisi mayat yang dipercayai dibawanya ke hutan. 

“Bau busuk yang dihidu penduduk sekitar hutan itu menimbul kecurigaan sehingga mayat mangsa ditemui sebelum dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis (HTA) untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri gagal dihubungi untuk mengesahkan kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini