KOTA KINABALU – Mayat seorang pelancong warga Korea Selatan yang hanyut ketika mandi di Borneo Beach Villa, Karambunai Sepanggar ditemukan pagi ini. Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa, Kyeoung Young An, 18, ditemukan kira-kira pukul 7.06 pagi oleh nelayan. “Dalam kejadian pada Jumaat lepas, mangsa bersama rakan-rakannya bermandi-manda sebelum hanyut ke tengah laut,” menurut kenyataan itu. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada pukul 4.17 petang…