SUNGAI PETANI – Satu mayat lelaki dipercayai warga asing yang disyaki dibunuh ditemui di tepi jalan Batu 37 Jalan Bukit Selambau-Jeniang berhampiran ladang kelapa sawit di sini hari ini. Mayat mangsa berusia awal lingkungan 30-an itu ditemui seorang penduduk kampung kira-kira pukul 7 pagi ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kejadian kepada seorang pekerja ladang berhampiran sebelum dia menghubungi Balai…










