KULIM – Satu mayat lelaki berusia 25 tahun ditemui terapung di Sungai Muda, Kampung Tanjung Belit di Padang Serai di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Yusof Shaari berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat di sungai tersebut kira-kira pukul 2.16 petang ini. “Sepasukan polis pergi ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan jenayah pada badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kata beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat. “Hasil bedah siasat mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya