MESKIPUN kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 pelajar Madrasah Anak-anak Yatim Al-Taqwa telah lapan tahun berlalu, namun tangisan dan jeritan mangsa meminta pertolongan masih terngiang-ngiang di telinga Koperal Mohd. Izhar Md. Hashim, 31. Manakan tidak, berikutan tragedi 21 Mei 2011 itu, Mohd.Izhar bersama rakan-rakannya daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terlibat membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh berkenaan. Bercerita mengenai operasi tersebut, Mohd. Izhar memberitahu, dia…










