SERDANG – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) merancang memperluas tanaman durian hibrid, terutama jenis MDUR 88 dalam usahanya mengkomersialkan lagi buah itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Roff Mohd. Noor memberitahu, Jabatan Pertanian Johor bersetuju mengusahakan penanaman MDUR 88 di kawasan seluas dua hektar di negeri itu.
Buat masa ini katanya, kira-kira 28 hektar durian hibrid jenis MDUR 88 serta MDUR 79 dan MDUR 78 ditanam di lima stesen penyelidikan MARDI di Kluang, Johor; Kuala Kangsar, Perak; Jerangau, Terengganu; Sintok, Kedah dan Ibu Pejabat MARDI Serdang, Selangor.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini











