SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 100 batang anak pokok markisa bersama media tanam (tanah) atau nama saintifiknya Passiflora edulis sp. dari China, Ahad lalu. Pengarah MAQIS negeri Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, bagi pengimportan produk berkenaan, antara dokumen yang diperlukan adalah permit import (IP) dan Sijil Fitosanitsi. Beliau berkata, rampasan dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa…










