MAOC rai anak yatim sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

MAOC rai anak yatim sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Sebanyak 27 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Hijrah dekat sini diraikan dalam majlis sambutan hari raya bersama anak yatim anjuran Kelab Pemilik Alza (MAOC) Kemaman di Lobi Utama Kompleks Paya Lasir, Kijal di sini malam tadi.

Program anjuran bersama MAOC Kemaman dan pengurusan Kompleks Paya Lasir itu bagi menghargai golongan tersebut selain menyemarakkan sambutan hari raya.

Hadir sama, wakil pengurusan Kompleks Paya Lasir, Mohd. Anuar Alias serta wakil MOAC Kuala Terengganu dan Labuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap MAOC Kemaman, Fauzi Omar berkata, majlis itu dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kelab dengan anak-anak yatim terbabit.

“Pihak MAOC Kemaman amat berbesar hati kerana dapat berkongsi nikmat kesyukuran dan menggembirakan anak-anak yatim ini.

“Kita mahu golongan ini tahu bahawa mereka tidak pernah dilupakan, malah banyak pihak yang mengambil berat tentang kebajikan mereka,” katanya ketika ditemui dalam majlis itu malam tadi.

Program selama dua jam bermula pukul 8 malam itu dipenuhi dengan pelbagai aturcara seperti bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Solat Isyak berjemaah.

Pada akhir program tersebut anak-anak yatim itu turut diberikan sumbangan duit raya dan cenderahati istimewa daripada pihak penganjur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini