Mangsa paramotor terhempas berjaya dikesan - Utusan Malaysia

Mangsa paramotor terhempas berjaya dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU – Dua mangsa nahas sebuah paramotor terhempas di sebuah kawasan semak di Purun, Kuala Klawang dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi berjaya dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dua mangsa terbabit ialah warga Amerika Syarikat (AS), Les Zsort Wrosmarty dan warga Malaysia, Siow Moon Yoew.

“Warga AS itu melecur pada bahagian kepala, tangan kanan dan kedua belah kaki, manakala warga Malaysia berusia 56 tahun melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua dua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu dengan alasan terjadi kebakaran di bengkel bekerja dan tidak beritahu perkara sebenar. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sebuah bangkai paramotor ditemui di sebuah kawasan semak di Purun dipercayai terhempas petang tadi.

Paramotor itu ditemui sepasukan anggota dari Balai Polis Titi yang melakukan siasatan di lokasi kejadian selepas menerima maklumat awam pada pukul 3.36 petang

Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui di lokasi tersebut walaupun maklumat awam mendakwa terdapat dua mangsa cedera dan melecur dalam kejadian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini