Mangkuk zaman dinasti Qing dijual £4 juta - Utusan Malaysia

Mangkuk zaman dinasti Qing dijual £4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG – Sebuah mangkuk gangsa antik yang digunakan untuk menyimpan bola tenis oleh sebuah keluarga telah dilelong hampir £4 juta (RM21.1 juta) di sini baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Mangkuk antik itu diwarisi sebuah keluarga Cina sejak lebih 100 tahun lalu dan dipercayai dihasilkan untuk seorang maharaja China ketika dinasti Qing sekitar tahun 1700.

Keluarga itu yang sebelum ini tinggal di Jerman tidak mengetahui nilai sebenar harta warisan tersebut dan pernah menawar untuk mendermakannya kepada muzium di Berlin tetapi ditolak kerana dianggap tiada nilai.

Sebuah pusat lelongan di Britain turut menganggapnya sebuah replika dari abad ke-19 yang tiada nilai.

Pakar hasil seni Asia, Regi Preiswerk yang melawat rumah keluarga tersebut sangat terkejut apabila melihat mangkuk gangsa berkenaan, malah kajiannya menunjukkan ia hasil seni unik yang belum pernah ditemui.

Mangkuk selebar 60 sentimeter itu mempunyai dua pemegang berbentuk burung phoenix dan ukiran bunga di depannya, dipercayai digunakan untuk mencucuk dan membakar colok.

Pusat lelongan di Hong Kong mulanya meletakkan anggaran nilai sekitar £40,000 (RM211,000) tetapi minat mendalam terhadap mangkuk antik itu menyebabkannya dibida sehingga £3.3 juta (RM17.4 juta) dan meningkat kepada £3.8 juta (RM20 juta) selepas ditambah upah dan kos lain.

“Mangkuk itu datang dari sebuah keluarga yang berasal dari Jerman dan kini tinggal di Switzerland.

“Mereka menyimpannya sejak 100 tahun lalu selepas seorang datuk dalam keluarga itu membawanya pulang dari China,” jelas pegawai pusat lelongan Koller Auctions di Zurich. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×