BANGKOK – Malaysia bertekad untuk memastikan ‘perdagangan bebas dan adil’ menjadi sebahagian daripada agenda Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Bercakap kepada media Malaysia di sini, pada Sabtu, Mohamed Azmin berkata pemeteraian perjanjian RCEP akan dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 berikutan menteri-menteri anggota ASEAN sangat komited untuk mencapai persefahaman dalam RCEP. “Malaysia optimis RCEP akan dimuktamadkan, namun Malaysia bukan sahaja…










