BANGKOK – Malaysia mahukan supaya pelan penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya ke Myanmar dibuat secara komprehensif bagi menjamin keselamatan mereka, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. SAIFUDDIN ABDULLAH Menurutnya, dalam Majlis Makan Malam Menteri-menteri Luar Asean semalam, Malaysia menyuarakan pandangan agar sebarang pelan penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya, perlu mendapatkan pandangan dari mereka (etnik Rohingya sendiri), dan juga Civil Society Organisation (CSO) yang melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kem pelarian Cox’s…










