Majikan boleh dikenakan tindakan perundangan - Utusan Malaysia

Majikan boleh dikenakan tindakan perundangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, majikan di tempat kerja seharusnya mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti berkaitan yang dijalankan.

Tegasnya, majikan tanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu risiko bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan tugas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja sepanjang tempoh kerja tersebut. Tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) dan Akta Kilang dan Jentera (1967) ke atas pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Lost Paradise Resort, Jalan Batu Feringghi, Tanjung Bungah, Pulau Pinang malam semalam sehingga mengakibatkan empat warga asing tertimbus dalam kejadian tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) kejadian yang berlaku 9.25 malam itu dihentikan selepas mayat terakhir berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, keempat-empat mangsa dipercayai warga Myanmar itu berjaya dikeluarkan selepas hampir enam jam tertimbus di dalam longkang yang dipenuhi besi cerucuk. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini