Mahrez bantu Algeria benam Kenya - Utusan Malaysia

Mahrez bantu Algeria benam Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH – Pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez mengetuai pasukan itu untuk melakar kemenangan 2-0 ke atas pasukan bukan pilihan, Kenya pada aksi peringkat Kumpulan C Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) di Stadium 30 Jun awal pagi semalam.

Mahrez yang merupakan bekas Pemain Terbaik Afrika pas­tinya menjadi sandaran pasukan tersebut yang memburu keputusan terbaik selepas kali terakhir menjulang trofi berkenaan pada 1990.

Pada perlawanan semalam, pemain Manchester City itu meledak satu gol, sementara satu gol lagi disumbangkan penyerang prolifik, Baghdad Bounedjah, sekali gus membolehkan pasukan itu berkongsi mata dengan Senegal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih Algeria, Djamel Belmadi mampu menarik nafas lega dengan keputusan tersebut kerana beliau menyifatkan bukan tugas mudah buat sesebuah pa­sukan untuk melakar kemena­ngan pada perlawanan pertama.

“Bagi saya, bukannya mudah untuk memulakan sesuatu kejohanan dengan kemenangan, lebih-lebih lagi pada saingan Afcon yang terdiri daripada pasukan-pasukan terbaik dunia. Saya gembira dengan tiga mata yang diperoleh hari ini (semalam).

“Kebiasaannya kami sering tewas ataupun seri pada perlawanan pertama, jadi kemenangan ini mampu menjadi mesej buat semua pemain bahawa kami berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya jika menampilkan aksi sama,” kata Belmadi.

Sementara itu, pengendali Kenya, Sebastien Migne menyua­rakan kekecewaannya selepas menyaksikan skuad kendaliannya seperti tidak berminat serta takut untuk bersaing dengan pemain-pemain Algeria. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini