Mahasiswa UMCCed santuni gelandangan - Utusan Malaysia

Mahasiswa UMCCed santuni gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Santuni. Seramai 30 orang pelajar kursus Diploma Perakaunan dari Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Kuala Lumpur telah menyantuni 500 orang gelandangan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program The Altruistic Project, Wan Syaril Wan Mohd. Khalid, program yang dianjurkan bersama Pertiwi Soup Kitchen itu bertujuan membentuk identiti dalam diri mahasiswa.

“Kita mahu memupuk peribadi mahasiswa agar tidak lupa keperluan orang lain terutama bagi mereka yang memerlukan dan tidak mampu untuk menikmati kehidupan seperti orang-orang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini juga bertujuan untuk mengubah perspektif masyarakat terutamanya generasi muda terhadap gelandangan yang mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza dan kisah hidup masing-masing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini