Mah Sing fokus peluang baharu, tambah bank tanah - Utusan Malaysia

Mah Sing fokus peluang baharu, tambah bank tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) mahu lebih fokus dalam mencari peluang-peluang baharu bagi menyokong inisiatif pemilikan rumah oleh kerajaan selain memenuhi permintaan pasaran.

Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum

Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, pihaknya juga sedar dan memahami usaha yang sedang kerajaan lakukan untuk meneroka nilai tanah miliknya untuk tujuan pembangunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tumpuan itu selaras dengan strategi pertumbuhan syarikat yang konsisten mencari lebih banyak bank-bank tanah terutamanya di Lembah Klang untuk dibangunkan memandangkan kawasan sekitarnya mencatatkan pertumbuhan populasi yang pesat.

“Fokus utama adalah untuk mendapatkan tanah di lokasi-lokasi strategik dengan akses dan jaringan perhubungan yang baik. Kami percaya permintaan sentiasa wujud untuk produk dan lokasi yang tepat pada harga yang betul,” katanya dalam sidang akhbar Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Mah Sing di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini