MAB:Perubahan telah buat tetapi gagal - Utusan Malaysia

MAB:Perubahan telah buat tetapi gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Masalah yang berlaku dalam Malaysia Airlines Berhad (MAB) bukan hanya di bahagian pengurusan semata-mata.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, terdapat banyak perkara lain yang perlu diperbetulkan dalam MAB memandangkan banyak kesilapan sebelum ini.

“Kita telah membuat beberapa perubahan dalam MAB tetapi ia gagal setiap kali dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, kita akan perlu berhati-hati dengan setiap langkah yang diambil,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) Ke-33 di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai langkah untuk menjual MAB, Dr. Mahathir memaklumkan yang kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melakukannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, identiti syarikat penerbangan itu akan dikekalkan sekiranya langkah itu diambil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini