LZS terima RM5.4 juta zakat perniagaan - Utusan Malaysia

LZS terima RM5.4 juta zakat perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 52 syarikat dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5,388,272.76 baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid, Maybank Islamic Berhad mendahului senarai pembayar dengan mengeluarkan zakat perniagaannya berjumlah RM873,484.83 diikuti Advance Air Traffic Systems (M) Sdn. Bhd. (RM628,897.71), Kumpulan MTD (RM574,000) dan Kumpulan KPJ Healthcare Berhad sebanyak RM499,000.

“Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Celcom Axiata Berhad yang mengeluarkan zakat sebanyak RM469,810, KUB Gaz Sdn. Bhd. (RM411,585) dan Turnpike Synergy Sdn. Bhd. sebanyak RM303,855.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara itu Bank Muamalat Malaysia Berhad membayar zakat sebanyak RM278,782.14 dan Koperasi AIM Berhad berjumlah RM214,581.00,” katanya kepada pemberita dalam majlis penyerahan zakat perniagaan, baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi LZS, Datuk Dr. Aziudin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Kutipan LZS, Datuk Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Ketua Pegawai Operasi (Korporat dan Projek Khas) LZS, Ariffa Ariffin.

Sementara itu tiga syarikat yang merupakan pengeluar zakat di LZS turut menyatakan persetujuan menyertai program ‘Kasihku Zakat Selangor’ melibatkan jumlah agihan semula sebanyak RM134,186.

Syarikat tersebut adalah Syarikat Park Here Sdn. Bhd. yang menyumbangkan semula wang zakat sebanyak RM12,300, Herbaworks Healthcare Sdn. Bhd. sebanyak RM45,886 dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. sebanyak RM76,000.

“Program ‘Kasihku Zakat Selangor’ diperkenalkan sebagai inisiatif kepada syarikat korporat yang mengeluarkan zakat sebanyak RM50,000 ke atas untuk memohon agihan semula sebanyak 3/8 atau 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat dikeluarkan pada tahun semasa untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin yang berdaftar secara sendiri,” katanya.

Dalam majlis sama, LZS turut menyerahkan sumbangan lapan van mobiliti orang kurang upaya (OKU) kepada pusat jagaan orang tua, persatuan OKU dan institusi pengajian tinggi terpilih dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1,356,800.

Lapan penerima sumbangan van ini ialah:

* Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia

* Pusat Jagaan Nur Hasanah

* Persatuan Kebajikan Al-Fikrah Malaysia

* Pusat Kebajikan Penyayang Hani

* Pusat Jagaan Siti Nor Aini

* Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat

* Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia

* IIUM Endowment Fund. – ABDUL RAZAK IDRIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini