Lori bawa muatan batu rempuh pagar rumah - Utusan Malaysia

Lori bawa muatan batu rempuh pagar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Sebuah lori membawa muatan batu kerikil terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah di Jalan Bukit Katong, Rim di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, pemandu lori terbabit yang berusia 54 tahun mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku apabila lori tersebut yang dalam perjalanan dari arah Bukit Katong ke Jasin tiba-tiba mengalami kerosakan brek setiba di lampu isyarat Taman Mesra Rim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lori tersebut terus meluncur dan pemandunya cuba mengawal kenderaan itu sehingga melanggar pagar sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori tersebut mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini