Lokman dakwa terdapat usaha lagi ajak Ahli Parlimen BN sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Lokman dakwa terdapat usaha lagi ajak Ahli Parlimen BN sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hari ini mendakwa terdapat usaha lagi untuk mengajak ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum Aidilfitri.

Beliau juga mendakwa, langkah itu demi bagi menjadikan Bersatu sebagai parti dominan dalam Pakatan Harapan (PH) yang kini dikuasai oleh ahli-ahli Parlimen daripada PKR.

Walau bagaimanapun, Lokman berkata, terdapat di dalam kalangan anggota parlimen BN telah pun menolak pelawaan itu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hendak maklum, atok (Tun Dr. Mahathir Mohamad) kita agar terdesak dan hari ini beliau merancang untuk haramkan UMNO, tetapi sebelum itu beliau akan memujuk ahli Parlimen BN untuk sertai Bersatu.

“Ini supaya mereka Bersatu kekal dan dominan dalam PH, mereka hendak jadi dominan, tidak hendak macam seperti 13 orang ahli Parlimen pada sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Dalam masa sama, Lokman juga mendakwa, beberapa pimpinan UMNO termasuk mereka yang cenderung kepada Dr. Mahathor akan dihadapkan ke mahkamah sebagai tekanan untuk keluar parti dan seterusnya menyertai Bersatu.

Namun Lokman bersyukur dan berterima kasih kepada ahli-ahli Parlimen BN yang menolak tawaran itu kerana sedar tindakan itu akan merugikan mereka.

“Ini mereka sedar tindakan keluar UMNO yang kini bekerjasama dengan Pas dan sudah kuat serta jika berlaku pilihan raya pada bila-bila masa, kita boleh menang.

“Kita berharap ahli-ahli Parlimen BN kekal dan istiqamah bersama BN dan juga Pas,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini