Liverpool tidak akan hilang Mane - Utusan Malaysia

Liverpool tidak akan hilang Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Jun – Bekas bintang The Reds, Danny Murphy yakin bahawa Liverpool tidak berisiko kehilangan Sadio Mane walaupun Real Madrid mula menunjukkan minat untuk mendapatkan bintang penyerang itu.

Pemain berusia 27 tahun itu beraksi cemerlang musim ini dengan meledak 22 gol dalam aksi Liga Perdana untuk berkongsi Anugerah Kasut Emas bersama Mohamed Salah dan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang.

Pemain kebangsaan Senegal itu terus mempamerkan aksi cemerlang sejak berhijrah daripada Southampton pada 2016, kekal dalam kesebelasan utama dan merupakan jentera serangan utama bersama Salah dan Roberto Firmino.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mane turut meledak empat gol untuk membantu Liverpool melangkah ke final Liga Juara-Juara dengan The Reds akan bertemu Tottenham di Madrid, awal pagi esok.

Los Blancos dianggap sebagai destinasi seterusnya buat Mane musim depan jika minat kelab itu adalah benar, namun Murphy tidak berasakan penyokong Liverpool harus bimbang sekiranya mereka merangkul kejuaraan Eropah keenam.

“Saya tidak rasa mereka akan kehilangan khidmat Mane dan sejujurnya, saya berasakan dia gembira bersama pasukan.

“Mane disayangi, menjaringkan gol dan bersaing merebut gelaran. Saya tahu Real berminat mendapatkan Mane tetapi saya tidak berasakan dia akan berhijrah ke Sepanyol.

“Paling mudah untuk mengekalkan pemain adalah dengan menjadi juara Liga Juara-Juara,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini