LONDON – Liverpool dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan ‘serius’ bagi mendapatkan khidmat bintang Lille, Nicholas Pepe, kata seorang wartawan di Perancis.
Bagaimanapun, kelab itu menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa laporan itu adalah penipuan yang jelas.
The Reds sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 24 tahun itu tetapi juara Eropah itu dijangka tidak banyak terlibat dengan pasaran perpindahan pemain.
Dalam laman web Get French Football News, wartawan RMC Sport, Mohamed Bouhafsi mendakwa, Jurgen Klopp berminat untuk mendapatkan penyerang yang berjaya meledak 23 gol musim lalu yang dijangka bernilai 70 juta pound (RM368.38 juta).
“Ini adalah situasi bernilai 70 juta pound (RM368.38 juta). Jadi semua memerlukan masa.
“Apa yang boleh saya katakan ialah perbincangan serius sedang berlaku dengan Liverpool.
“Perbincangan itu juga tidak dinafikan Lille,” katanya.
Liverpool menyatakan bahawa mereka hanya dipergunakan sebagai alat untuk menaikkan harga pasaran Pepe.-AGENSI











