Lingard buat malu United - Utusan Malaysia

Lingard buat malu United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Penyokong Manchester United yang berang dengan tindakan Jesse Lingard memuat naik gambarnya sedang berparti bersama Marcus Rashford serta beberapa pemain Red Devils mahu kelab mengambil tindakan terhadap bintang tengah England itu.

Dalam video berkenaan, Lingard, 27, berkongsi gambar dalam sebuah bilik hotel yang bersepah di Miami, di mana dia dan rakan-rakannya sedang bercuti dan bergembira.

Pemain itu beberapa kali menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat dalam keadaan tidak terurus manakala rakannya yang berada di atas katil menunjukkan isyarat lucah, sambil berkata mereka telah melihat banyak perkara ‘buruk’ sepanjang percutian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pengurus Queen Park Rangers (QPR) yang juga pengulas sukan, Ian Holloway percaya, United perlu mengambil tindakan terhadap Lingard kerana menganggap perbuatannya telah memalukan kelab.

Penyokong juga membajiri ruangan komen dalam media sosial dengan cemuhan kerana menganggap sebagai bintang bola sepak, Lingard sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain muda.

“Pada saya ia tidak boleh diterima.

“Apakah saya akan mengambil tindakan disiplin? Mungkin lebih daripada itu. Letak namanya dalam senarai perpindahan.

“Pada saya, mereka tidak boleh toleh ke belakang. Ini masalah besar.

“Kamu adalah pemain bola sepak profesional, mewakili kelab anda dalam kehidupan seharian. Apa sahaja tindakan yang hendak dilakukan, anda kena ingat perkara itu…kepentingan kelab harus didahukukan,” kata Holloway kepada talkSPORT. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini