DHAKA 24 Jun – Sebuah kereta api terjunam ke dalam sungai apabila jambatan yang dilalui runtuh, menyebabkan lima orang terkorban dan lebih 100 cedera.
Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada jambatan itu runtuh ketika kereta api berkenaan melaluinya, selain menyebabkan lima gerabak tergelincir.
Sehubungan itu, penduduk tempatan bersama pasukan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa daripada gerabak. – AFP/AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











