SHAH ALAM – Tindakan samseng seorang lelaki melepaskan satu das tembakan ke udara menggunakan pistol di kawasan parkir sebuah restoran di Alam Megah di sini, Rabu lalu membongkar penglibatannya dalam kumpulan kongsi gelap Double Seven (77). Kejadian berlaku pukul 11.30 malam, ketika suspek bersama isteri dan tiga rakan mereka berusia 23 hingga 34 tahun dalam keadaan mabuk bertengkar mulut dengan sekumpulan pelanggan di restoran tersebut. Isteri dan tiga rakannya juga…










