JELEBU – Lima individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 29.1 Jalan Seremban-Simpang Pertang di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitshubishi Airtrex dan Honda HRV. “Kemalangan kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dari arah Seremban ke Jelebu termasuk ke laluan bertentangan…










