Majikan perlu beri cuti ganti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan 2026

Majikan perlu beri cuti ganti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan mewartakan sambutan Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari sebagai hari kelepasan am.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia berkata, cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah cuti yang wajib diberikan oleh majikan sektor swasta yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kepada pekerja.

Katanya, ia sebagaimana peruntukan Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan tidak boleh diganti.

“Memandangkan cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, maka majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai rehat mingguan pekerja hendaklah memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Isnin).

“Selanjutnya, majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang dipilih sebagaimana Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265, perlu memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Selasa) memandangkan terdapat pertindihan kedua-dua hari kelepasan am ini.

“Majikan juga boleh memberikan pekerja mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti dengan persetujuan pekerja sebagaimana Seksyen 60D(1A),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 60D(3). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN