Lima cedera kemalangan libatkan tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Lima cedera kemalangan libatkan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU – Seramai lima orang cedera manakala tiga yang lain terselamat dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuala Klawang-Seremban berhampiran Klinik Desa Jambatan Serong dekat sini hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.10 tengahari melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah Proton Saga.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Klawang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Zakri Abdul Razak berkata, mangsa yang cedera ialah dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 27 hingga 68 tahun manakala mangsa yang terselamat ialah dua lelaki berusia 44 dan 48 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.14 tengahari. Sebuah jentera bersama sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota telah bergegas ke tempat kejadian.

“Apabila sampai di lokasi, kami dapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah SUV Honda CRV, SUV Mitsubishi Airtek dan sebuah Proton Saga,” katanya.

Jelasnya, kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam semasa pasukan bomba tiba.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulan dan jentera EMRS untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini